Jurnal

HomeSembang |Kenalan

 
 
Ruangan ini dikhususkan bagi anda menghartarkan artikel berhubung kehidupan di kampus, pandangan anda, rasa tidak puas hati  ataupun luahan hati anda

Hantarkan artikel anda kepada kami

 

Belajar atau Berkaple?


Memang tujuan kita datang ke Universiti untuk belajar namun bukanlah alasan untuk tidak berkaple. Sepatutnya tertanam didalam diri setiap pelajar U bahawa belajar adalah suatu yang berterusan, walaupun setelah tamat pengajian di UUM pelajar masih perlu belajar. Jika alasan belajar dulu berkaple kemudian maka sampai ke tua la single ataupun nanti baru la tergesa-gesa mengunakan khidmat pencari jodoh. 

Di mana manisnya kehidupan kampus jika tiap-tiap hari mengadap buku setebal 4 inci. Bila dah berkerja atau pun tua nanti kehidupan kampuslah yang akan menjadi kenangan manis untuk dicerikan kepada anak cucu. Tiada maknanya mendapat pointer 3.99 jika otak tidak berkembang, tidak tahu bersosial, hati tak tenang dan tiada orang disayangi untuk mengadu. 

Memang jika diikutkan nasihat orang yang terdahulu, selalu melarang dari berkaple. Namun dunia telah berubah, sekarang adalah dunia yang berbeza dari semalam. Ini kehidupan kita, fikirkan yang terbaik jangan persiakannya dengan sesuatu yang tidak membawa makna.
    -asfian


Apa pendapat anda, mungkin ada baiknya bercouple sambil belajar atau belajar dapat kerja baru fikir pasal nak bercouple. mungkin anda boleh berkongsi pandangan anda melalui forum "Bila hati berdetik.." - webmaster