|
Kenalpasti adakah dia
menyukai anda |
|
|
|
kadangkala terus bertanya seseorang itu sama ada dia
menyukai anda atau tidak adalah langkah terbaik, namun sekiranya anda
belum bersedia untuk bertanya terus, beberapa isyarat yang ditunjukkan
oleh dia boleh anda perhatikan |
|
|
|
perhatikan perbualan anda dengan sidia,
adakah dia beriya-iya untuk berbual dengan anda, sekiranya dia berbual
dengan anda, adakah dia berusaha untuk menjadikan perbualan itu lebih
panjang. |
|
|
|
adakah anda kerap terserempak dengan sidia
di beberapa tempat, contohnya di kafe, komputer lab ataupun di Mall? |
|
|
|
adakah dia bercakap mengenai rancangan untuk
bersama anda sesuatu masa, contohnya "tak lama lagi ada konsert di UUM,
pergi tak?" |
|
|
|
banyak menghabiskan masa bersama anda, dan
membatalkan urusan lain hanya untuk bersama anda, ataupun tidak mencari
alasan untuk meminta diri ketika bersama anda adalah tanda dia meminati
anda. |
|
|
|
dia menelefon anda tanpa sebarang sebab yang
khusus, contohnya "esok ada class tak?, dah makan?" |
|
|
|
adakah dia secara tiba-tiba menunjukkan
minat terhadap hidup anda ataupun hobi anda dan mengambil berat masalah
anda? |
|
|
|
adakah dia bersifat lebih ramah dengan
rakan-rakan anda ketika anda bersama? |
|
|
|
adakah dia sering memandang anda, dan
apabila anda perasan dia cepat-cepat berpaling? |
|
|
|
adakah dia sering tersenyum kepada anda
apabila berjumpa dan ketika berbual. |
|
|
|
|
|
|
|
|