|
Pandangan pertama |
|
|
|
dari mana datangnya cinta, dari mata turun kehati...itulah
ungkapan yang sering kita dengar..pandangan pertama yang menusuk kedalam
jiwa, melahirkan perasaan yang sukar untuk digambarkan. Pandangan pertama
memainkan peranan yang penting bagi menentukan samada kita akan berjaya
mencuri perhatian lelaki atau wanita yang kita minati.dan membuka peluang
untuk anda mengenalinya. |
|
|
|
5 langkah menarik perhatian
wanita yang anda minati
yang perlu anda tahu: |
|
|
|
Langkah pertama : senyum |
|
anda mesti mempamirkan senyuman apabila
memandang sidia. anda mungkin fikir anda sering tersenyum apabila
melihat seseorang, tetapi senyuman anda mungkin belum cukup untuk dia
perasan, mulakan berlatih tersenyum dihadapan cermin. senyuman mestilah
jelas kelihatan dan ikhlas. bukan senyum terpaksa atau dibuat-buat. |
|
|
|
langkah kedua :
pastikan dia perasan anda memandangnya |
|
kebanyakan wanita akan mengalihkan pandanganya
dan memandang kearah lain apabila seseorang yang dia berminat memandangnya,
ini adalah lumrah bagi seorang wanita. pastikan apabila dia perasan anda
memandangnya buat kali kedua, pamirkan senyuman, kekalkan pandangan mata ke
mata buat beberapa saat dan kemudian pandang kearah lain. jangan terus memandang
tanpa berkelip atau pandang tanpa henti. ini akan menakutkan sidia dan
membuatkan anda seperti "memandangnya dengan pandangan nafsu". |
|
|
|
langkah ketiga :
melambai kecil |
|
apabila dia memandang anda, buatlah lambaian
kecil seperti sedang berkata "hello" sambil tersenyum, ini akan memberikan
isyarat kepada dia yang anda berminat untuk mengenalinya dengan lebih dekat.
tetapi jangan mengangkat tangan tinggi dan melambai seperti memanggil
seseorang, anda tidak mahu menakutkan dia bukan?. dan jangan membuat isyarat
seperti " mari kesini". dia belum mengenali anda dan anda tidak mahu
kelihatan gelojoh. |
|
|
|
langkah ketiga :
memahami isyarat badan |
|
kalau sidia
mencuri pandang kembali pada anda, ini menunjukkan dia berminat untuk
mengenali anda. tetapi sekiranya dia perasan anda memandangnya dan dia
terus mengalihkan pandangannya kearah lain dan tidak lagi memandang anda.
ini menunjukkan dia tidak berminat dengan anda. awas, sekiranya anda
tersenyum kepadanya dan dia memandang terus kepada anda buat seketika
tanpa membalas senyuman, masa untuk anda berhenti memandang dan berlalu
pergi. tetapi sekiranya dia perasan anda memandangnya dan dia
membetulkan tudungnya, bermain dengan pen atau barang kemasnya, dia
membetulkan pakaian atau kedudukannya, anda mungkin mempunyai peluang
untuk mengenalinya. |
|
|
|
langkah keempat : menegur dia |
|
ini memerlukan keberanian dan sikap positif dari
anda, anda mungkin merasa takut untuk menghampirinya dan menegurnya. anda
mungkin merasa malu sekiranya dia tidak berminat untuk mengenali anda,
tetapi sekiranya anda memberanikan diri dan menegurnya, peluang anda adalah
50/50, anda mungkin dapat atau tidak, tetapi jika anda takut dan kecut dan
hanya menyimpannya didalam hati, peluang anda adalah 0. anda hanya boleh
berangan dan berharap.dan mungkin berdoa supaya dia menegur anda dulu.
sekiranya anda menghampiri dia dan menegur dia secara sopan. anda pastinya
akan dilayan secara baik dan sekiranya dia tidak berminat dengan anda atau
sudah berpunya, anda akan ditolak secara baik.wanita yang menghamburkan
kata-kata kurang sopan dan bersikap tidak sopan pastinya tidak layak untuk
dijadikan teman hidup bukan? sekiranya anda ditolak, anda harus bersyukur
kerana anda tidak perlu membuang masa dan boleh meneruskan mencari wanita
yang sesuai dengan anda. |
|
|
|
langkah
kelima : berhenti semasa klimaks |
|
pastikan perbualan anda
dengan dia adalah ringkas, ini akan mewujudkan perasaan ingin tahu yang
lebih tinggi didalam diri dia, lagipun ini adalah perbualan pertama antara
dia dan anda, anda tidak mahu menghabiskan berjam-jam untuk memikat dia pada
pertemuan pertama.setelah anda pasti dia berminat dengan anda, anda boleh
meminta nombor telefon dia dan memberi alasan anda ada urusan lain untuk
diuruskan dan meminta diri. pamirkan senyuman manis sebelum berlalu pergi
agar pertemuan yang singkat itu kekal di dalam ingatannya. |
|
|
|
|