|
Bagaimana untuk menjadi menarik
di mata wanita |
|
|
|
sentias mengambil berat mengenai penampilan anda, anda hanya
mempunyai satu peluang untuk menghasilkan "first good impression". |
|
|
|
pastikan dia mempunyai sesuatu sebab untuk mengingati anda,
bau minyak wangi anda ataupun senyuman anda ataupun kata-kata manis anda |
|
|
|
dengar dengan berminat apa yang cuba diperkatakannya, dan
membalas dengan bersetuju dengan kata-katanya |
|
|
|
tanyakan mengenai minat, impian
dan hobinya, pastikan anda memberikan perhatian kepada setiap yang
diperkatakan. |
|
|
|
jujur dan iklhas, sekiranya anda berjanji untuk menelefon,
lakukan dan sekiranya anda tidak mampu melakukan, jangan berjanji. |
|
|
|
jangan bercakap besar atau berbohong, tiada apa yang lebih
menyakitkan hati wanita melainkan apabila dia tahu anda berbohong kepadanya. |
|
|
|
jangan ceritakan semua mengenai diri anda pada pertemuan
pertama, sentiasa simpan sedikit misteri untuk dia tertanya-tanya dan
berfikir mengenai anda. |
|
|
|
"eye contact". sentiasa kekalkan eye contact apabila
bercakap, dan jangan sesekali memandang bahagian badan yang lain. anda tidak
mahu dipandang serong bukan? |
|
|
|
relax dan jangan terlalu serius, anda tidak mahu kelihatan
tertekan dan cemas. |
|
|
|
jangan merokok, anda tidak akan kelihatan macho dengan
merokok depan wanita.nafas dan pakaian anda akan berbau rokok, begitu juga
dengan pakaian dan rambut sidia. |
|
|
|
buat dia merasa istimewa, seperti dia adalah wanita terakhir
didunia ini, ini akan membuatkan dia merasa sangat dihargai. |
|
|
|
buat dia ketawa, wanita suka kepada lelaki yang kelakar. |
|
|
|
pastikan anda berbau wangi, sedikit pelaburan diperlukan
untuk minyak wangi. pastikan baunya sentiasa kekal di ingatan.tapi jangan
terlalu banyak, anda tidak mahu berbau seperti terjatuh kedalam kolam minyak
wangi. |
|
|
|
berikan pujian, wanita suka dipuji dan pastikan pujian anda
ikhlas dan tidak dibuat-buat. |
|
|
|
pastikan anda merancang kemana anda hendak pergi sekiranya
anda keluar pada "first date". wanita suka kepada lelaki yang terancang dan
menguasai keadaan. |
|
|
|
jangan membetulkan rambut,
bermain dengan pen,straw atau tali leher sentiasa, anda akan kelihatan tidak
yakin dan cemas. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|