Home |

pandangan pertama
 
bagaimana menjadi menarik di pandangan wanita
 
atasi perasaan malu
 
adakah dia menyukai anda
 
bagaimana untuk menerima kekecewaan
 
 

Bagaimana untuk menerima kekecewaan

   
 

orang yang anda minati berkata kepada anda " saya suka berkawan dengan awak, tetapi saya tidak boleh menyintai awak?"

   
  kalau sidia sudah berpunya, anda tidak seharusnya terus berusaha menawan hatinya, kemungkinan anda hanya sebagai tempat untuknya melepaskan kesunyian, dan dia akan terus bersama kekasihnya adalah tinggi, anda tidak mahu menambah luka dihati bukan?, sebelum anda meletakkan diri anda didalam situasi yang sukar, lebih baik anda beralah, ingat di UUM sahaja nisbahnya adalah 70% wanita, 30% lelaki. teruskan mencari wanita yang sesuai untuk anda.
   
  sememangnya penolakan adalah menyakitkan, namun anda akan melupakannya, berikan diri anda sedikit masa
   
  cinta bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa, anda tidak boleh memaksa seseorang menyukai anda, ianya lahir didalam hati, anda hanya perlu terus mencari orang yang sesuai untuk anda
   
  jangan melakukan sesuatu perubahan yang drastik hanya supaya dia boleh menerima anda, anda seharusnya ingat, anda memerlukan seseorang yang mengormati perasaan anda dan mengambil berat mengenai anda.
   
  keluarga dan kawan-kawan adalah tempat untuk anda meluahkan perasaan kecewa disaat ini, kawan yang baik pastinya sedia mendengar masalah anda
   
  aktifkan diri anda, pastikan diri anda sentiasa sibuk supaya anda terlupa masalah anda
   
  jangan menguncikan diri anda didalam bilik dan mendengar lagu-lagu sedih, anda hanya menambah parah di hati. jangan biarkan diri anda tengelam melayan perasaan.
   
  adalah normal untuk anda merasa sedih, kecewa dan marah. semua orang pun begitu.
   
  jangan bertindak mengikut perasaan, perkara terburuk yang anda boleh lakukan ialah menjadi "kemaruk". mengekori kemana dia pergi, menjadi bayang - bayang di dalam hidupnya.
   
  sekiranya anda tidak mampu menahan kekecewaan, dapatkan nasihat daripada pakar kaunseling.
   
   bersembahyang dan berdoa pada tuhan agar anda mendapat kekuatan mengatasi semua ini.